.::Minggu 3::.
Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Jika mereka mendapat pendidikan yang baik, kanak-kanak itu berkemungkinan akan terus berjaya dalam hidup mereka. Di Malaysia, kerajaan telah mula mempergiatkan usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak.
Antara sebab-sebab mengapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak ialah:
- Asas persediaan kepada kanak-kanak untuk menempuh kehidupan seterusnya
- Asas persediaan untuk menempuh alam persekolahan yang lebih formal
- Membantu mereka membezakan perkara yang baik dan yang tidak baik
- Membantu kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
- Membantu meningkatkan keyakinan diri untuk belajar
- Meningkatkan kemahiran kanak-kanak secara holistik
- Membentuk jati diri kanak-kanak kepada yang lebih baik
- Membantu dalam pembentukan personaliti diri kanak-kanak
0 comments:
Post a Comment