~TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK~

.::Minggu 4::.



Teori Arnold Gesell



Menurut Arnold Gesell, faktor kematangan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi perkembangan manusia. Beliau mengatakan bahawa perkembangan seseorang individu itu adalah mengikut suatu turutan jadual waktu tetap atau suatu pola yang tertentu.

"All things considered, the inevitability and surety of maturation are the most impressive characteristics of early development. It is the hereditary ballast which conserves and stabilizes growth of each individual infant".
Arnold Gesell, 1928

Teori beliau berpendapat bahawa perkembangan utama di zaman kanak-kanak dan remaja adalah biologi, atau genetik. Biologi dan warisan genetik menentukan corak tingkah laku biologi yang dipanggil Gesell sebagai 'norma'. Beliau berpendapat bahawa corak perkembangan kanak-kanak terjadi secara automatik oleh biologi, kerana ia secara genetik diprogramkan untuk berbuat demikian dalam persekitaran yang betul. 

Kanak-kanak perlu dipupuk, selain mempunyai persekitaran yang stabil, dan sedikit kematangan untuk kedua-dua biologi dan psikologi. Selain itu, beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk berkembang tanpa dipaksa melakukan sesuatu perkara. Sebagai rumusan untuk teori ini, genetik menetukan proses perkembangan dan masa kematangan seseorang individu.

Sumber rujukan: Wikipedia, Gesell's Maturational Thoery



Teori Erik Erikson



Teori yang dikemukan oleh Erik Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu di persekitaran. Perkembangan psikososial ini akan membantu dalam membentuk personaliti kanak-kanak. 


Menurut Erikson, terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial. 

Peringkat 1: Amanah lwn Ketidakpercayaan (Trust vs. Mistrust)
  • Peringkat ini adalah untuk bayi berumur 0 hingga 1 tahun
  • Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan kepercayaan terutama dengan ibu bapa atau pengasuh yang menjaganya
  • Contohnya, bayi berasa lebih selamat apabila berada dengan ibu bapanya berbanding dengan orang yang tidak dikenalinya, dimana bayi itu akan menangis apabila didekati 

Peringkat 2: Autonomi lwn Keraguan / Malu (Autonomy vs. Shame)
  • Peringkat ini berlaku pada kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun
  • Kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal dengan sendiri
  • Contohnya, pada usia ini, mereka ingin melakukan aktiviti seperti makan dan minum, pergi ke tandas, dan memakai kasut dengan tanpa bantuan dari sesiapa
  • Kanak-kanak yang diberi sokongan dalam melakukan sesuatu aktiviti dapat meningkatkan keyakinan, manakala kanak-kanak yang disekat kebebasannya akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya sendiri

Peringkat 3: Inisiatif lwn Rasa bersalah (Initiative vs. Guilt
  • Peringkat ini terjadi pada kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak mula bersikap berdikari untuk meneroka persekitaran mereka dan mempelajari kemahiran baru
  • Kanak-kanak akan suka bertanya banyak soalan dan sentiasa inginkan penjelasan tentang apa yang berlaku
  • Kanak-kanak yang diberi galakan akan meningkatkan inisiatif di dalam diri mereka, tetapi jika kanak-kanak itu tidak diberi peluang, mereka akan mula rasa bersalah terhadap diri mereka

Peringkat 4: Industri lwn Rendah diri (Industry vs. Inferiority
  • Peringkat ini berlaku pada kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun 
  • Kanak-kanak mula membandingkan diri mereka dengan orang lain
  • Kanak-kanak akan berasa rendah diri apabila menemui kegagalan
  • Contohnya, kanak-kanak akan berusaha untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas dengan bersaing dengan rakan mereka

Peringkat 5: Identiti lwn Kekeliruan Identiti (Identity vs. Role Confusion)
  • Peringkat ini berlaku pada remaja berusia 12 hingga 18 tahun
  • Pada peringkat ini, mereka mula mencari identiti diri
  • Remaja akan merasa keliru terhadap identiti diri mereka dan akan mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka terutama dari aspek sosial

Peringkat 6: Keintiman vs Pengasingan (Intimacy vs. Isolation)
  • Peringkat ini mula terjadi dari usia seawal 18 tahun
  • Ia adalah peringkat pertama dalam pembangunan alam dewasa
  • Pada peringakat ini, seseorang individu akan mula membina hubungan yang rapat dengan orang disekelilingnya seperti sahabat dan kekasih
  • Apabila mereka berjaya membentuk sesuatu hubungan, mereka akan memperolehi kasih sayang dan keintiman dalam perhubungan
  • Tetapi jika mereka gagal menjalinkan hubungan yang berkekalan, mereka akan berasa terasing dan bersendirian

Peringkat 7: Generativiti lwn Pemusatan Kendiri (Generativity vs. Stagnation)
  • Peringkat ini terjadi pada orang dewasa berumur 35 tahun ke atas
  • Pada peringkat ini, seseorang individu sudah tahu apa yang penting di dalam hidup mereka
  • Mereka akan mula mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan berkeluarga yang baik
  • Kegagalan akan membawa kepada perasaan kecewa dan mementingkan diri sendiri

Peringkat 8: Integriti lwn Putus asa (Ego integrity vs. Despair)
  • Peringakat ini merujuk kepada individu yang berumur 50 tahun ke atas
  • Seseorang individu sudah mencapai apa yang penting di dalam hidup mereka
  • Mereka yang berjaya akan berasa integriti, namun mereka yang gagal akan berasa putus asa




Teori Jean Piaget


1) Konsep Asas Piaget

Skema (Scheme)
  • Cara kita mendalami dunia di sekeliling kita dan bagaimana kita mengalami ia dari sudut pandangan kita sendiri
  • Bayi dikatakan mempunyai skema menghisap, menggenggam, dan mencari
  • Bayi yang baru lahir cenderung untuk menghisap perkara-perkara yang diletakkan di dalam mulut mereka, menggenggam objek yang diletakkan di dalam tangan mereka, dan mengesan objek bergerak
  • Skema bagi bayi memberi makna kepada objek di sekeliling mereka

Adaptasi (Adaptation)
  • Proses membina skim melalui interaksi secara langsung dengan persekitaran
  • Melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi

Asimilasi (Assimilation)
  • Berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema yang telah sedia ada

Akomodasi (Accommodation)
  • Berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dengan mengubah cara pemikiran dan seterusnya membentuk skema baru

Keseimbangan (Equilibration)
  • Penciptaan keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi sebagai satu cara untuk menggabungkan pengetahuan baru


2) Teori Perkembangan Kognitif

Peringkat Sensorimotor (Sejak lahir - 2 tahun)
  • Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya

Peringkat Pra Operasi (2 - 7 tahun)
  • Kanak-kanak mula untuk menggunakan mindal, tetapi pemikiran mereka adalah egosentrik
  • kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan kepada dua aspek keadaan dalam satu masa dan oleh itu mereka kurang dari segi conservation
  • Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang mereka nampak dengan jelas dan nyata, di mana mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional
  • Kanak-kanak masih tidak dapat menguasai proses transformasi dan penaakulan

Peringkat Operasi Konkrit (7 - 12 tahun)
  • Kanak-kanak mula berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit
  • Mereka sudah mula memahami proses transformasi dan penaakulan
  • Kanak-kanak dapat menguasai konsep conservation
  • Penguasaan kemahiran seperti pengelasan dan seriasi menunjukkan mereka telah mencapai peringkat pemikiran logik
  • Kanak-kanak mula bersosial dan menerima pandangan orang lain

Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas)
  • Pada peringkat ini, mereka dapat melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan berdasarkan fakta
  • Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan konkrit dan mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak

Sumber rujukan: Teori Kognitif Jean Piaget, Childhood (Voyages in Development)




Teori Robert Havighurst



Robert Havighurst terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat persekitaran amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Persekitaran akan membentuk seseorang kanak-kanak itu sama ada positif atau negatif bergantung kepada cara ibu bapa mendidik anak mereka. 

Havighurst telah mengenalpasti enam peringkat utama dalam kehidupan manusia yang meliputi usia sejak lahir hingga ke tua.

1) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (Infancy and early childhood)
  • Peringkat ini terjadi sejak lahir hingga umur 6 tahun

2) Peringkat pertengahan kanak-kanak (Middle childhood)
  • Peringkat ini terjadi pada usia 6 hingga 13 tahun

3) Peringkat remaja (Adolescence)
  • Peringkat ini terjadi pada usia 13 hingga 18 tahun

4) Peringkat dewasa (Early Adulthood)
  • Peringkat ini terjadi pada usia 19 hingga 30 tahun

5) Peringkat pertengahan umur (Middle Age)
  • Peringkat ini terjadi pada usia 30 hingga 60 tahun

6) Peringkat lewat matang (Later maturity)
  • Peringkat ini terjadi pada usia 60 tahun ke atas

Sumber rujukan: Wikipedia




Teori Sigmund Freud


Sigmund Freud merumuskan teori pembangunan psikoanalitik dan bentuk psikoterapi dipanggil psikoanalisis. Freud memfokuskan kepada perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak, dan asal-usul ciri-ciri psikologi seperti kebergantungan (dependence), obsesif dan keangkuhan.

Freud telah mengenalpasti dua peringkat sedar (conscious) di dalam minda manusia:

1) Pra-sedar (Preconscious)
  • Kanak-kanak dan orang dewasa boleh menjadi sedar hanya dengan menumpukan perhatian

 2) Tidak sedar (Unconscious)
  • Tidak terdapat kesedaran dengan hanya memberi perhatian yang mudah

Berdasarkan Freud, zaman kanak-kanak dikuasai oleh empat peringkat yang berbeza:

Oral stage
  • Aktiviti oral seperti menghisap dan menggigit memberi keseronokan dan kepuasan kepada kanak-kanak
  • Jika kanak-kanak itu bercerai susu lebih awal atau menyusu (breast-fed) terlalu lama, kanak-kanak boleh menjadi fixated pada aktiviti oral seperti menggigit kuku

Anal stage
  • Kawalan tandas yang terlalu ketat atau sebaliknya, boleh membawa kepada perkembangan anal-retentive traits, seperti kesempurnaan dan kekemasan, atau perkembangan anal-expulsive, seperti kecuaian

Phallic stage
  • Konflik bu bapa-anak boleh mengembangkan over masturbation, di mana ramai ibu bapa menggunakan hukuman dan ugutan
  • Ia adalah perkara biasa untuk kanak-kanak meningkatkan perhubungan seksual yang kuat dengan ibu bapa yang berlain jantina pada peringkat ini dan mula untuk melihat ibu bapa jantina yang sama sebagai saingan
  • Kanak-kanak perempuan pada peringkat ini mungkin akan menyatakan yang mereka hendak berkahwin dengan bapa mereka apabila mereka dewasa
  • Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung untuk mempunyai citarasa yang sama dengan ibu mereka

Genital stage
  • Pada peringkat ini telah bermula dengan perubahan biologi terutama peringkat remaja

Sumber rujukan: Childhood (Voyages in Development)





0 comments: