~Head Start~

.::Minggu 3::.


Program Head Start adalah sebuah program di bawah United States Department of Health and Human Services, Amerika Syarikat, yang menyediakan program pendidikan yang menyeluruh, kesihatan, pemakanan, dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa, kepada kanak-kanak yang berpendapatan rendah.

Perkhidmatan dan sumber program ini direka untuk memupuk hubungan kekeluargaan yang stabil, meningkatkan fizikal kanak-kanak dan kesejahteraan emosi, serta mewujudkan persekitaran untuk meningkatkan kemahiran kognitif mereka.


Head Start bermula sebagai sebahagian daripada kempen Great Society oleh Presiden Lyndon Johnson. Pada tahun 1994, program awal Head Start telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari lahir sehingga berumur tiga tahun, iaitu umur yang kritikal untuk perkembangan kanak-kanak.

Head Start menyediakan pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial kepada hampir 30 juta kanak-kanak di antara umur tiga dan lima tahun sejak penubuhannya pada tahun 1965. Program ini telah memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka di kawasan bandar dan luar bandar di semua 50 negeri.

Perkhidmatan pendidikan yang disediakan adalah termasuk pendidikan prasekolah, manakala perkhidmatan kesihatan termasuk pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan pergigian. Selain daripada itu, perkhidmatan sosial pula membantu keluarga dari ibu bapa yang berpendapatan rendah.




0 comments: