~Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025~


.::Minggu 3::.




Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Berikut merupakan objektif bagi Pelan Pembangunan Pendidikan:

  • Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem
  • Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025
  • Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam



11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:


  • Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  • Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
  • Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
  • Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  • Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
  • Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  • Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
  • Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
  • Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  • Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  • Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam
Sumber dari: Utusan




0 comments: