~AMALAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH & TADIKA WALDORF~


Pendekatan Waldorf di dalam pendidikan awal kanak-kanak, sebahagian besarnya berasaskan pengalaman dan deria. Penekanan adalah kepada menyediakan aktiviti-aktiviti praktikal yang berfaedah untuk kanak-kanak untuk meniru (imitate), di mana membantu mereka untuk belajar melalui contoh. 

Pembelajaran adalah berorientasikan alam sekitar dan rutin harian pula menekankan pengalaman dari setiap hari, minggu, bulan, dan musim. Masa yang luas diberikan untuk main bebas di persekitaran bilik darjah, yang mana menyediakan suasana seperti di rumah sendiri, bahan-bahan semula jadi, dan memberikan contoh-contoh bekerja yang produktif, di mana kanak-kanak perlu mengambil bahagian. Masa bermain di luar umumnya termasuk dalam hari sekolah untuk menyediakan kanak-kanak pengalaman dengan alam semulajadi, cuaca dan musim.

Bahasa lisan ditingkatkan melalui lagu-lagu, puisi, permainan pergerakan dan cerita setiap hari, di mana cerita tersebut biasanya dibacakan oleh guru. Bahan-bahan permainan umumnya terdiri daripada bahan-bahan yang mudah diambil daripada sumber semulajadi. Sebagai contoh, anak patung Waldorf sengaja dibuat dengan mudah untuk membolehkan kanak-kanak bermain sambil mengukuhkan imaginasi dan kreativiti mereka. Steiner percaya bahawa aktiviti abstrak dan aktiviti intelektual terlalu awal akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Program pra-sekolah dan tadika amnya termasuk perayaan bermusim yang terdiri daripada pelbagai tradisi. Tadika Waldorf dan gred yang lebih rendah pada umumnya tidak menggalakkan penggunaan media elektronik seperti televisyen dan komputer kerana bimbang penggunaannya pada usia muda akan mengganggu keperluan perkembangan kanak-kanak. 



Pendekatan Waldorf berpendapat bahawa dalam tempoh tujuh tahun pertama kehidupan, kanak-kanak belajar dengan lebih baik dengan mendalami persekitaran mereka yang boleh dipelajari daripada melalui tindakan unselfconscious. Dalam tempoh yang seterusnya, kanak-kanak sudah bersedia untuk pembelajaran formal. Peralihan ini memberikan beberapa tanda, salah satunya ialah tanggal gigi bayi, yang Steiner percaya terdapat kebebasan dalam watak, perangai, tabiat, dan memori. Aktiviti membaca, menulis, dan mengira, tidak diperkenalkan sehinggalah kanak-kanak memasuki alam sekolah rendah, iaitu apabila berumur tujuh tahun.

Sumber rujukan: Waldorf Education

0 comments: