~RUDOLF STEINER~


Rudolf Steiner atau nama penuhnya Rudolf Joseph Lorenz Steiner merupakan seorang ahli falsafah Austria. Beliau dilahirkan pada 25 Februari 1861, di Murakirály, Austria-Hungary, atau sekarang dikenali sebagai Donji Kraljevec, Croatia.



Bapa Steiner, Johann(es) Steiner, meninggalkan kedudukan sebagai gamekeeper dalam perkhidmatan Count Hoyos di Geras, timur laut Austria, untuk berkahwin dengan salah seorang pembantu rumah keluarga Hoyos itu, Franziska Blie. Namun demikian, perkahwinan tersebut tidak dibenarkan oleh Count.

Johnn mula menjadi operator telegraf di Southern Austrian Railway, dan pada masa Rudolf  dilahirkan, beliau ditempatkan di Kraljevec di rantau Muraköz, sebahagian daripada Empayar Austria yang pada hari ini dikenali sebagai Donji Kraljevec, Međimurje, utara Croatia. Dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan Rudolf, keluarganya telah berpindah dua kali, pertama ke Mödling, berhampiran Vienna, dan kemudian, apabila bapa beliau dinaikkan pangkat, mereka telah berpindah ke Pottschach, yang terletak di kaki bukit timur Austrian Alps di Austria.

Steiner memulakan pembelajaran di sekolah kampung, dan apabila berlaku percanggahan antara bapanya dan guru sekolah itu, beliau diberi pendidikan ringkas di rumah. Pada tahun 1869, keluarganya berpindah ke kampung Neudorfl berhampiran Wiener Neustadt, dan pada tahun 1879 pula mereka beroindah sekali lagi ke Inzersdorf. Dari itu, ia membolehkan Steiner untuk belajar di Vienna Institute of Technology, di mana beliau belajar matematik, fizik, kimia, botani, biologi, sastera, dan falsafah, pada tahun 1879 hingga 1883, sebelum beliau menarik diri dari universiti.

Pada tahun 1882, salah satu guru Steiner, Karl Julius Schroer, mencadangkan nama Steiner kepada Joseph Kürschner, ketua editor kepada edisi baru mengenai karya penting Goethe, untuk Steiner menjadi editor mengenai sains semulajadi. Ia merupakan satu peluang keemasan untuk seseorang pelajar muda tanpa sebarang bentuk kelayakan akademik atau penerbitan sebelumnya. Pada tahun 1891, Steiner memperolehi Doktor Falsafah dalam falsafah di University of Rostock di Jerman.

Selepas Perang Dunia Pertama, Steiner menjadi aktif dalam pelbagai konteks budaya. Beliau telah mengasas beberapa sekolah, yang dikenali sebagai sekolah Waldorf, yang kemudiannya berkembang menjadi rangkaian sekolah di seluruh dunia. Beliau juga mengasaskan satu sistem pertanian organik, kini dikenali sebagai pertanian Biodynamic, dan telah menyumbang kepada pembangunan pertanian organik moden. Hasil kerja beliau dalam bidang perubatan telah membawa kepada perkembangan ubat-ubatan dan seni terapi serta terapi biografik. 

Beliau juga aktif dalam bidang seni. Lukisan-lukisan beliau dipengaruhi oleh Joseph Beuys dan artis moden yang lain. Dua bangunan Goetheanum beliau, secara umumnya diterima sebagai karya-karya seni bina moden. 

Karya sastera Steiner amat luas. Karya beliau diterbitkan dalam empat puluh jilid, termasuk buku-buku, esei, drama, ayat berbentuk mantera, dan autobiografi. Ceramah beliau turut dikumpulkan, dimana ia membincangkan mengenai pelbagai tema yang sangat luas. Lukisan Steiner, terutamanya ilustrasi dilakukan pada papan hitam semasa kuliah beliau, dikumpulkan dalam siri yang berasingan sebanyak 28 jilid. Banyak penerbitan telah diterbitkan untuk mempelihara hasil seni bina dan kerja arcanya.


Sumber rujukan: Rudolf Steiner

0 comments: