~BELAJAR MELALUI BERMAIN~

.::Minggu 5::.

Definisi Main

1) Knox (1968)
  • Main merupakan satu medium di mana kanak-kanak belajar tentang diri sendiri dan alam sekeliling mereka
  • Main juga merupakan aktiviti spontan yang mereka alami

2) Waddle (1999)
  • Main merupakan jalan terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang konsep, kemahiran dan tugas supaya berjaya di masa hadapan

3) National Association for the Education of Young Children (1997)
  • Main merupakan hasil kepada pembelajaran aktif yang boleh mengintegrasikan minda, badan dan jiwa

4) Moyles (1988)
  • Main merupakan struktur daripada persekitaran, bahan-bahan, dan budaya

5) Butterworth & Harris (1994)
  • Main adalah menyenangkan, aktiviti bebas yang melibatkan pengulangan dan kepelbagaian apabila kanak-kanak meneroka pelbagai tingkah laku

Jenis Main

Main Sosial

1) Unoccupied Behavior
  • Kanak-kanak tidak melibatkan diri dalam permainan
  • Kanak-kanak hanya melihat rakan yang lain bermain
  • Apabila permainan itu tidak menarik baginya, kanak-kanak itu akan beredar dari situ



2) Onlooker Behavior
  • Kanak-kanak memerhati rakan yang lain bermain
  • Kanak-kanak itu mungkin bercakap kepada kanak-kanak yang sedang bermain tetapi tidak melibatkan diri secara aktif



3) Solitary Play
  • Kanak-kanak hanya berman seorang diri
  • Kanak-kanak tidak berminat dengan apa yang berlaku disekelilingnya
  • Permainan yang digunakan adalah berbeza dengan kanak-kanak lain



4) Parallel Play
  • Kanak-kanak bermain bersebelahan dengan kanak-kanak lain
  • Alat permaianan adalah sama tetapi tidak ada berlaku interaksi antara mereka



5) Associative Play
  • Kanak-kanak bermain bersama rakan-rakan yang lain
  • Mereka berkongsi mainan dan berinteraksi antara satu sama lain
  • Tiada organisasi khas dalam permainan
  • Setiap kanak-kanak bebas melakukan apa yang mereka inginkan, tetapi dalam kumpulan yang besar



6) Cooperative Play
  • Melibatkan permainan secara organisasi
  • Permainan yang dimainkan juga mempunyai tujuan yang spesifik dan peraturan yang khusus
  • Kebiasaannya, permainan ini mempunyai ketua dan pengikut



Main Kognitif

1) Functional or practice play
  • Berkait dengan peringkat sensory motor
  • Melibatkan pergerakan motor secara berulang

2) Symbolic Play
  • Menggunakan imaginasi dan main peranan untuk memuaskan diri
  • Contoh: Main dengan anak patung

3) Constructive Play
  • Memanipulasikan objek atau bahan untuk membuat sesuatu
  • Menggunakan kreativiti sendiri
  • Boleh meningkatkan perkembangan pemikiran

4) Games with rules
  • Memahami dan mematuhi peraturan dalam permainan seperti board games
  • Melibatkan permainan secara individu dan berkumpulan

Main dan Peringkat Perkembangan

1) Peringkat bayi (0-2 tahun)
  • 0-3 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah alat yang merangsang perkembangan deria seperti bahan berwarna-warni, atau berbunyi
  • 3-6 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah alat yang boleh dipegang dan dipicit seperti softball
  • 6-12 bulan: Permainan yang sesuai ialah buku yang berwarna-warni, stacking toys
  • 12-18 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah alat yang boleh ditarik dan ditolak seperti bola, alat permainan yang tercantum seperti puzzle
  • 18-24 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah anak patung, buku cerita dan kanak-kanak juga boleh didedahkan dengan permainan pasir dan main air

2) Peringkat 2-5 tahun
Alat permainan perlulah menggunakan:
  • Bahan yang boleh menggalakkan perkembangan bahasa
  • Bahan yang menggalakkan perkembangan motor kasar seperti bola
  • Bahan yang menggalakkan perkembangan motor halus seperti membutang baju, melukis
  • Bahan yang menggalakkan perkembangan sosial

3) Peringkat 6-8 tahun
  • Kanak-kanak mempunyai kebolehan berfikir secara logik dimana kanak-kanak boleh menyusun objek mengikut ciri tertentu
  • Permainan yang sesuai adalah seperti permainan dengan peraturan yang memerlukan mereka patuh pada peraturan tersebut dan permainan yang memerlukan kerjasama dan persaingan
  • Selain itu, pada usia ini, kanak-kanak boleh didedahkan dengan main yang memerlukan kemahiran intelek seperti main teka-teki

0 comments: