.::Minggu 5::.
Definisi Main
1) Knox (1968)
- Main merupakan satu medium di mana kanak-kanak belajar tentang diri sendiri dan alam sekeliling mereka
- Main juga merupakan aktiviti spontan yang mereka alami
2) Waddle (1999)
- Main merupakan jalan terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang konsep, kemahiran dan tugas supaya berjaya di masa hadapan
3) National Association for the Education of Young Children (1997)
- Main merupakan hasil kepada pembelajaran aktif yang boleh mengintegrasikan minda, badan dan jiwa
4) Moyles (1988)
- Main merupakan struktur daripada persekitaran, bahan-bahan, dan budaya
5) Butterworth & Harris (1994)
- Main adalah menyenangkan, aktiviti bebas yang melibatkan pengulangan dan kepelbagaian apabila kanak-kanak meneroka pelbagai tingkah laku
Jenis Main
Main Sosial
1) Unoccupied Behavior
- Kanak-kanak tidak melibatkan diri dalam permainan
- Kanak-kanak hanya melihat rakan yang lain bermain
- Apabila permainan itu tidak menarik baginya, kanak-kanak itu akan beredar dari situ
2) Onlooker Behavior
- Kanak-kanak memerhati rakan yang lain bermain
- Kanak-kanak itu mungkin bercakap kepada kanak-kanak yang sedang bermain tetapi tidak melibatkan diri secara aktif
3) Solitary Play
- Kanak-kanak hanya berman seorang diri
- Kanak-kanak tidak berminat dengan apa yang berlaku disekelilingnya
- Permainan yang digunakan adalah berbeza dengan kanak-kanak lain
4) Parallel Play
- Kanak-kanak bermain bersebelahan dengan kanak-kanak lain
- Alat permaianan adalah sama tetapi tidak ada berlaku interaksi antara mereka
5) Associative Play
- Kanak-kanak bermain bersama rakan-rakan yang lain
- Mereka berkongsi mainan dan berinteraksi antara satu sama lain
- Tiada organisasi khas dalam permainan
- Setiap kanak-kanak bebas melakukan apa yang mereka inginkan, tetapi dalam kumpulan yang besar
6) Cooperative Play
- Melibatkan permainan secara organisasi
- Permainan yang dimainkan juga mempunyai tujuan yang spesifik dan peraturan yang khusus
- Kebiasaannya, permainan ini mempunyai ketua dan pengikut
Main Kognitif
1) Functional or practice play
- Berkait dengan peringkat sensory motor
- Melibatkan pergerakan motor secara berulang
2) Symbolic Play
- Menggunakan imaginasi dan main peranan untuk memuaskan diri
- Contoh: Main dengan anak patung
3) Constructive Play
- Memanipulasikan objek atau bahan untuk membuat sesuatu
- Menggunakan kreativiti sendiri
- Boleh meningkatkan perkembangan pemikiran
4) Games with rules
- Memahami dan mematuhi peraturan dalam permainan seperti board games
- Melibatkan permainan secara individu dan berkumpulan
Main dan Peringkat Perkembangan
1) Peringkat bayi (0-2 tahun)
- 0-3 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah alat yang merangsang perkembangan deria seperti bahan berwarna-warni, atau berbunyi
- 3-6 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah alat yang boleh dipegang dan dipicit seperti softball
- 6-12 bulan: Permainan yang sesuai ialah buku yang berwarna-warni, stacking toys
- 12-18 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah alat yang boleh ditarik dan ditolak seperti bola, alat permainan yang tercantum seperti puzzle
- 18-24 bulan: Alat permainan yang sesuai ialah anak patung, buku cerita dan kanak-kanak juga boleh didedahkan dengan permainan pasir dan main air
2) Peringkat 2-5 tahun
Alat permainan perlulah menggunakan:
- Bahan yang boleh menggalakkan perkembangan bahasa
- Bahan yang menggalakkan perkembangan motor kasar seperti bola
- Bahan yang menggalakkan perkembangan motor halus seperti membutang baju, melukis
- Bahan yang menggalakkan perkembangan sosial
3) Peringkat 6-8 tahun
- Kanak-kanak mempunyai kebolehan berfikir secara logik dimana kanak-kanak boleh menyusun objek mengikut ciri tertentu
- Permainan yang sesuai adalah seperti permainan dengan peraturan yang memerlukan mereka patuh pada peraturan tersebut dan permainan yang memerlukan kerjasama dan persaingan
- Selain itu, pada usia ini, kanak-kanak boleh didedahkan dengan main yang memerlukan kemahiran intelek seperti main teka-teki