~BILIK DARJAH WALDORF~



  • Persekitaran bilik darjah bagi sekolah Waldorf menggunakan suasana seperti di rumah sendiri dengan menekankan penggunaan bahan-bahan semulajadi
  • Bilik darjah perlulah menyediakan suasana persekitaran yang soft and warm supaya mereka dapat merasakan keadaan yang damai
  • Pencahayaan lampu juga memainkan peranan penting, di mana cahayanya hendaklah tidak terlalu cerah kerana cahaya yang cerah adalah terlalu awakening kepada kanak-kanak
  • Sekolah Waldorf juga biasanya mempunyai ruang main yang luas







~AMALAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH & TADIKA WALDORF~


Pendekatan Waldorf di dalam pendidikan awal kanak-kanak, sebahagian besarnya berasaskan pengalaman dan deria. Penekanan adalah kepada menyediakan aktiviti-aktiviti praktikal yang berfaedah untuk kanak-kanak untuk meniru (imitate), di mana membantu mereka untuk belajar melalui contoh. 

Pembelajaran adalah berorientasikan alam sekitar dan rutin harian pula menekankan pengalaman dari setiap hari, minggu, bulan, dan musim. Masa yang luas diberikan untuk main bebas di persekitaran bilik darjah, yang mana menyediakan suasana seperti di rumah sendiri, bahan-bahan semula jadi, dan memberikan contoh-contoh bekerja yang produktif, di mana kanak-kanak perlu mengambil bahagian. Masa bermain di luar umumnya termasuk dalam hari sekolah untuk menyediakan kanak-kanak pengalaman dengan alam semulajadi, cuaca dan musim.

Bahasa lisan ditingkatkan melalui lagu-lagu, puisi, permainan pergerakan dan cerita setiap hari, di mana cerita tersebut biasanya dibacakan oleh guru. Bahan-bahan permainan umumnya terdiri daripada bahan-bahan yang mudah diambil daripada sumber semulajadi. Sebagai contoh, anak patung Waldorf sengaja dibuat dengan mudah untuk membolehkan kanak-kanak bermain sambil mengukuhkan imaginasi dan kreativiti mereka. Steiner percaya bahawa aktiviti abstrak dan aktiviti intelektual terlalu awal akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Program pra-sekolah dan tadika amnya termasuk perayaan bermusim yang terdiri daripada pelbagai tradisi. Tadika Waldorf dan gred yang lebih rendah pada umumnya tidak menggalakkan penggunaan media elektronik seperti televisyen dan komputer kerana bimbang penggunaannya pada usia muda akan mengganggu keperluan perkembangan kanak-kanak. 



Pendekatan Waldorf berpendapat bahawa dalam tempoh tujuh tahun pertama kehidupan, kanak-kanak belajar dengan lebih baik dengan mendalami persekitaran mereka yang boleh dipelajari daripada melalui tindakan unselfconscious. Dalam tempoh yang seterusnya, kanak-kanak sudah bersedia untuk pembelajaran formal. Peralihan ini memberikan beberapa tanda, salah satunya ialah tanggal gigi bayi, yang Steiner percaya terdapat kebebasan dalam watak, perangai, tabiat, dan memori. Aktiviti membaca, menulis, dan mengira, tidak diperkenalkan sehinggalah kanak-kanak memasuki alam sekolah rendah, iaitu apabila berumur tujuh tahun.

Sumber rujukan: Waldorf Education

~PENDEKATAN PERKEMBANGAN~

Berdasarkan Teori Steiner, terdapat tiga peringkat perkembangan kanak-kanak:

Peringkat 1 (umur bawah 7 tahun)

  • Kanak-kanak belajar melalui empati
  • Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti, ia membantu merangsang kanak-kanak melibatkan diri dengan dunia
  • Tugas guru adalah menjadi role model dengan tingkah laku yang baik

Peringkat 2 (umur 7 hingga 14 tahun)

  • Kanak-kanak belajar melalui bahan-bahan yang menarik minat mereka yang memberi pelbagai perasaan dan imaginasi
  • Bercerita dan hasil kerja seni, digunakan untuk menyampaikan dan meberi gambaran mengenai pembelajaran akademik supaya kanak-kanak boleh memahami dengan mudah dan mendalam
  • Tugas guru adalah menjadi role model yang baik yang akan menyebebkan kanak-kanak akan mengikutinya secara semulajadi

Peringkat 3 (umur 14 tahun dan ke atas)

  • Kanak-kanak belajar terutamanya melalui pemikiran mereka sendiri dan penilaian mereka
  • Mereka akan diminta untuk memahami perkara yang lebih abstrak dan mereka mungkin telah mempunyai asas yang mencukupi dan matang untuk membuat kesimpulan mengenai sesuatu berdasarkan pertimbangan mereka sendiri

*************************************************************************************

Pendekatan pembangunan yang digunakan di sekolah-sekolah Waldorf direka untuk memberi kesedaran dan    ideal yang seimbang  iaitu dari segi fizikal, tingkah laku, emosi, kognitif, sosial dan spiritual, iatu aspek-aspek dalam perkembangan diri serta pemikiran.

Kajian penyelidikan telah memberikan gambaran bahawa sekolah Waldorf berjaya meningkatkan kreativiti, sosial dan lain-lain kebolehan yang penting dalam perkembangan holistik kanak-kanak, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kerana kajian yang dijalankan setakat ini hanya mempunyai skala umum yang kecil.


Sumber rujukan: Waldorf Education


~SEKOLAH WALDORF DI MALAYSIA~

Berikut merupakan sekolah-sekolah Waldorf yang terdapat di Malaysia:

1) Waldorf Kelip-Kelip, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor
    Facebook: Waldorf Kelip Kelip


2) Taska Lin, Pulau Pinang
    Facebook: Taska Lin

3) Taska Nania, Pulau Pinang

4) Waldorf Preschool Cixin, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

5) Hilltop House Child Development Centre, Taman Tun Dr. Ismail, 
    Kuala Lumpur
    Facebook: Hilltop House Child Development Centre


~RUDOLF STEINER~


Rudolf Steiner atau nama penuhnya Rudolf Joseph Lorenz Steiner merupakan seorang ahli falsafah Austria. Beliau dilahirkan pada 25 Februari 1861, di Murakirály, Austria-Hungary, atau sekarang dikenali sebagai Donji Kraljevec, Croatia.



Bapa Steiner, Johann(es) Steiner, meninggalkan kedudukan sebagai gamekeeper dalam perkhidmatan Count Hoyos di Geras, timur laut Austria, untuk berkahwin dengan salah seorang pembantu rumah keluarga Hoyos itu, Franziska Blie. Namun demikian, perkahwinan tersebut tidak dibenarkan oleh Count.

Johnn mula menjadi operator telegraf di Southern Austrian Railway, dan pada masa Rudolf  dilahirkan, beliau ditempatkan di Kraljevec di rantau Muraköz, sebahagian daripada Empayar Austria yang pada hari ini dikenali sebagai Donji Kraljevec, Međimurje, utara Croatia. Dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan Rudolf, keluarganya telah berpindah dua kali, pertama ke Mödling, berhampiran Vienna, dan kemudian, apabila bapa beliau dinaikkan pangkat, mereka telah berpindah ke Pottschach, yang terletak di kaki bukit timur Austrian Alps di Austria.

Steiner memulakan pembelajaran di sekolah kampung, dan apabila berlaku percanggahan antara bapanya dan guru sekolah itu, beliau diberi pendidikan ringkas di rumah. Pada tahun 1869, keluarganya berpindah ke kampung Neudorfl berhampiran Wiener Neustadt, dan pada tahun 1879 pula mereka beroindah sekali lagi ke Inzersdorf. Dari itu, ia membolehkan Steiner untuk belajar di Vienna Institute of Technology, di mana beliau belajar matematik, fizik, kimia, botani, biologi, sastera, dan falsafah, pada tahun 1879 hingga 1883, sebelum beliau menarik diri dari universiti.

Pada tahun 1882, salah satu guru Steiner, Karl Julius Schroer, mencadangkan nama Steiner kepada Joseph Kürschner, ketua editor kepada edisi baru mengenai karya penting Goethe, untuk Steiner menjadi editor mengenai sains semulajadi. Ia merupakan satu peluang keemasan untuk seseorang pelajar muda tanpa sebarang bentuk kelayakan akademik atau penerbitan sebelumnya. Pada tahun 1891, Steiner memperolehi Doktor Falsafah dalam falsafah di University of Rostock di Jerman.

Selepas Perang Dunia Pertama, Steiner menjadi aktif dalam pelbagai konteks budaya. Beliau telah mengasas beberapa sekolah, yang dikenali sebagai sekolah Waldorf, yang kemudiannya berkembang menjadi rangkaian sekolah di seluruh dunia. Beliau juga mengasaskan satu sistem pertanian organik, kini dikenali sebagai pertanian Biodynamic, dan telah menyumbang kepada pembangunan pertanian organik moden. Hasil kerja beliau dalam bidang perubatan telah membawa kepada perkembangan ubat-ubatan dan seni terapi serta terapi biografik. 

Beliau juga aktif dalam bidang seni. Lukisan-lukisan beliau dipengaruhi oleh Joseph Beuys dan artis moden yang lain. Dua bangunan Goetheanum beliau, secara umumnya diterima sebagai karya-karya seni bina moden. 

Karya sastera Steiner amat luas. Karya beliau diterbitkan dalam empat puluh jilid, termasuk buku-buku, esei, drama, ayat berbentuk mantera, dan autobiografi. Ceramah beliau turut dikumpulkan, dimana ia membincangkan mengenai pelbagai tema yang sangat luas. Lukisan Steiner, terutamanya ilustrasi dilakukan pada papan hitam semasa kuliah beliau, dikumpulkan dalam siri yang berasingan sebanyak 28 jilid. Banyak penerbitan telah diterbitkan untuk mempelihara hasil seni bina dan kerja arcanya.


Sumber rujukan: Rudolf Steiner

~SEJARAH PENDIDIKAN WALDORF~


Waldorf education menggunakan pendekatan kemanusian dengan pedagogi berdasarkan falsafah pendidikan oleh ahli falsafah Austria, Rudolf Steiner. Sekolah pertama telah dibuka pada tahun 1919, di atas permintaan Emil Molt, seorang pemilik dan pengarah urusan Waldorf-Astoria Cigarette Company di Stuttgart, Jerman, di mana untuk memberikan perkhidmatan pendidikan kepada anak-anak pekerja kilang tersebut. 

Sekolah tersebut telah  berkembang dengan pesat dan kemudian, majoriti pelajar di sekolah itu terdiri daripada keluarga yang tidak berkaitan dengan kilang tersebut. Sekolah ini merupakan sekolah komprehensif yang pertama di Jerman, yang memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari semua kelas sosial, kebolehan dan juga minat. 

Oleh kerana undang-undang keperluan sekolah-sekolah di Jerman, penubuhan sekolah ini terpaksa menyimpang daripada idea Steiner, untuk memastikan sekolah ini diterima. Namun demikian, ia telah mencapai salah satu objektif Steiner iaitu membenarkan pelajar untuk berpindah antara Wladorf dan sekolah-sekolah konvensional negeri. Ini menunjukkan sekolah Waldorf sentiasa co-educational.

Banyak sekolah mula dibuka dibeberapa lokasi lain, termasuklah Hamburg, The Hague, dan Basel. Pendidikan Waldorf mula menjadi terkenal di Britain pada tahun 1992 melalui kuliah-kuliah yang disampaikan Steiner mengenai pendidikan di Universiti Oxford. 

Tahun 1970an dan 80an menunjukkan perkembangan yang pesat sekolah-sekolah di seluruh dunia, di mana di Amerika Utara, bilangan sekolah Waldorf telah meningkat dari 9 buah sekolah pada tahun 1967 kepada lebih 200 buah sekolah pada hari ini. Selepas pembubaran Soviet Union, sekolah Waldorf mula berkembang di Timur dan Tengah Eropah dan sekarang banyak sekolah telah dibuka di Asia, terutama di China. Kini, terdapat lebih 1,000 Sekolah Waldorf di seluruh pelusuk dunia.



New Jersey, Amerika Syarikat


Eugene, Amerika Syarikat


New York, Amerika Syarikat


Afrika Selatan

Sumber rujukan: Waldorf Education